Pages

Thursday, December 6, 2012

Sebab - sebab kejayaan belum hadir


 Assalamualaikum. lama tak update blog =) . Sangat sibuk dengan perkara - perkara lain. Harini ada masa sedikit nak update blog. Ramai harini yang aku tengok inginkan kejayaan termasuk aku sendiri. Ramai yang nak berjaya dalam apa sahaja yang dibuat. Tapi tak ramai yang berusaha ke arah itu. Ramai yang inginkan kejayaan yang sangat-sangat besar tetapi nak buat sesuatu yang kecil masih lagi memberi banyak alasan . Harini aku nak berkongsi dengan orang antara punca - punca kenapa ramai lagi di antara kita masih lagi belum dapat mencapai kejayaan yang besar. Harini kita buat checklist ye =)

Apa yang aku kongsikan ini aku dapat dari orang yang betul2 berjaya dalam bidang usahawan iaitu Dato' Aziz Samad. Beliau dah pun bergelar sebagai Multi-Jutawan .Yang mana insan ini aku sangat2 kagum dengan pemikiran yang sangat positif dan menekan supaya kita membuat penambahbaikan setiap hari. Punca2 kegagalan iaitu  6M. 
malu,malas, marah, menyalahkan, manja &merajuk , menyombong..

1. MALU


Malu antara faktor kenapa ada yang belum berjaya. Malu disini malu yang tidak bertempat. Antara malu yang tidak bertempat ialah malu untuk bertanya dan rapat dengan orang yang berjaya. Kadang-kadang kita inginkan kejayaan tetapi kita malu untuk mendapat ilmu dari orang yang berjaya. Bak kata orang2 tua malu bertanya sesat jalan. Kalau kita berjaya mengikis sifat malu yang tidak bertempat ni kita semakin dekat dengan kejayaan. Lepas ni jangan malu- malu eh.

2. MALAS


Punca kegagalan yang kedua adalah MALAS . Ubat nak ubah malas ni memang tiada. Dekat farmasi pun takde jual.hehe Tapi untuk mengurangkan perasaan malas ada caranya. Iaitu Harini lebih baik dari semalam , esok lebih baik dari harini dan hari2 mendatang lebih baik daripada hari2 sebelum nya. In shaa ALLAH jika kta konsisten mesti dapat mengurangkan perasaan malas ni.

3. MARAH


Kadang-kadang orang cepat melenting apabila buat sesuatu tetapi tak menjadi. Cepat sangat marah. Relax check dulu kenapa sesuatu tu tak menjadi, mesti ada sebab dia kenapa tak menjadi. Biasa bila ada perasaan marah nak berfikir secara rasional pun susah. 

4. Menyalahkan


Menyalahkan orang lain, keadaan dan macam2 lagi menyebabkan kejayaan sukar nak hadir. Kita perlu checklist dulu diri kita. Sebab bila kita menyalahkan orang lain kita tak dapat apa-apa pun kebaikan tetapi kita tengok apa penambahbaikan diri kita dulu.  Percayalah bila kita buat penambahbaikan diri kita mesti kejayaan hadir.

5. Manja dan merajuk


Ramai orang bila berdepan dengan masalah terus lari daripada masalah. Jangan lari hadapinya. hadapinya. Masalah itu akan selesai . Bila mana ada orang tegur kita kearah kebaikan jangan cepat merajuk. Kita merajuk kita yang rugi . Orang lain tak rugi apa - apa pun. So, lepas ni jangan manja-manja lagi. :D

6. Menyombong


Menyombong biasanya dah sampai berjaya. Tapi tak semua ya. Bila dah berjaya mula sombong dan memperlekehkan orang lain.  Bila-bila masa sahaja ALAH boleh tarik kita punya kejayaan, Jadi sentiasa rendah diri walaupun berada di tahap tertinggi.  

Setakat ini sahaja pengkongsian ikhlas aku kali ni. Lepas ni in shaa ALLAh aku akan kongsikan tips kejayaan yang lain. Sama2 kita buat penambahbaikan setiap hari  :) Assalamualaikum. 





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik pelan2..

 
Copyright (c) 2010 Raja Rojak. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes, Gifts for GirlFriend And Skull Belt Buckles.