Pages

Friday, July 30, 2010

Punca JERAWAT & info menarik JERAWAT!!!!




Assalamualaikum & slamat malam ( klu korang baca waktu malam la)hehehee.....   hari ni ak nk kongsi ngn korang satu info yang agak menarik.... emmmm.... korang penah tumbuh jerawat x???? ha...msti penah kn... orang cakap jerawat ni menandakan kita da matang... btol ke???? klu btol da matang la ak..hahaha..

Jerawat atau ACNE (in ENGLISH) sebenarnya penyakit kulit yang biasa tumbuh di kalangan muda dan ia bermula ketika baligh.... emmm...orang2 tua jarang yang berjerawat ek... tanpa mmbuang bnyk masa lagi jom kita baca punca jerawat n info menarik ttg JERAWAT!!!!

                                               
                                                         PUNCA-PUNCA JERAWAT


  • Peningkatan penghasilan hormon lelaki (androgen). Aras hormon ini meningkat pada kedua-dua lelaki dan perempuan semasa baligh.
  • Turun -temurun
  • Stres
  • Alam sekeliling - bekerja di tempat yang berminyak
  • Ubat-ubat tertentu, contohnya kortikosteroid
  • Makanan- Untuk sesetengah orang, diet yang tinggi dalam karbohidrat tertapis dan gula sebenarnya boleh memburukkan jerawat mereka.


                                                        CARA MENGAWAL JERAWAT




 
  • Basuh muka and dengan sabun jenis mudah sekurang-kuranya dua kali sehari iaitu pada awal pagi dan sebelum tidur.
  • Jangan memicit, menyubit atau mencakar jerawat pada kulit anda.
  • Basuh rambut anda lebih kerap.
  • Gunakan krim anti jerawat yang menghalang liang dari tersumbat.
  • Jika anda menggunakan kosmetik, gunakan yang berasaskan air dan bukannya yang berasaskan minyak.
  • Jika jerawat terdapat pada bahagian belakang badan atau dada, gunakan pakaian yang ringan dan tidak ketat.
  • Bersenam selalu.
  • Elakkkan stres sebaik yang mungkin.
  • Amalkan pemakanan yang seimbang dengan meningkatkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.
  • Elakkan penggunaan minyak rambut.
  • Basuh tangan anda dengan kerap dan elak menyentuh muka tanpa sebab.
  • Runding dengan seorang doktor jika jerawat tidak menghilang. Jika anda diprekskripsi dengan sebarang ubat, ikut arahan doktor atau pegawai farmasi anda dengan ketat.


                                                              KEDUDUKAN JERAWAT & INFO NYA 





DAHI

Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih.Stress Kumpulan ini biasanya panas baran Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup
dan minum air banyak

HIDUNG

Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin
bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan
sisitem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh
dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi

DAGU

Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan
dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu
mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang
bermasalah.

PIPI KIRI

Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN

Fungsi paru-paru mungkin tidak normal

PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)

Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang
sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin
tersingkir dengan lebih baik.



ha...cane??? berguna x info2 ni??? hehehe tu saja post ak kali ni...jmp kamu lain masa ...salam...... =)






3 comments:

MiSs PinK said...

ooh, brguna btul info ni. haha. :D

Nigina said...

huhuhu info yang bagus

Angin Selat Melaka said...

Assalamualaikum....
Kesian sungguh pada yg mengalami masalah jerawat...hu..hu. Pada anda yg runsing masalah jerawat dok selalu buat kacau, bolehlah dapatkan jalan penyelesaian terbaik di:

Punca Jerawat serta menghapuskannya terus!

Semoga dpt membantu. Tq.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik pelan2..

 
Copyright (c) 2010 Raja Rojak. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes, Gifts for GirlFriend And Skull Belt Buckles.